2082
Orang muda yang mengalami impak program kami.
60
Komuniti yang mengalami impak, secara langsung dan tidak langsung
7
Program pembangunan impak dan belia
Perubahan Yang Kami Bawa
Kami mahu orang muda menerajui pembudayaan impak sosial di Malaysia.
Apakah maksud ‘pembudayaan’?
- Pembangunan kapasiti orang muda ke arah pemahaman impak dan penciptaan inovasi sosial yang berimpak.
- Advokasi awam ke arah pemahaman isu-isu sosial, impak dan perspektif orang muda.
- Penghasilan suatu rangkaian kumpulan orang muda untuk mencipta impak positif di komuniti tempatan.
- Pengisian digital dan sosial mengenai isu-isu sebenar berkaitan orang muda dan masyarakat, menerusi kanta impak.
- Acara khusus untuk orang muda bagi mensosialisasikan isu-isu dan impak sosial.
- Orang muda sebagai perunding untuk membantu organisasi dalam pengukuran dan pelaporan impak.
- Penciptaan suatu mekanisme agar pelaporan impak konsisten dan dipermudahkan.
- Pembangunan sebuah kerangka pelaporan impak dan indikator tempatan, dengan bantuan pakar khusus perkara.
- Hubungan strategik dengan depositori data awam.
- Membuat advokasi untuk komitmen yang didemonstrasikan oleh pemegang taruh, ke arah penggunaan model pengukuran dan pelaporan impak.
- Mencipta satu sistem teladan pengurusan dana yang berfokuskan impak.
- Keutamaan bagi orang muda untuk menerajui projek yang dibiayai oleh dana impak.
- Membuat advokasi untuk kemajuan dermawan 'teroka' dan pelaburan dana impak.
- Membuat advokasi untuk pelbagai organisasi menyokong agenda impak dalam urusan mereka.
Apa Yang Kami Lakukan
3 Strategi Kami
Strategi 1
enable
(“memperkasa”)
Memacu pembangunan belia dengan memperkasa mereka sebagai penggerak impak sosial di Malaysia, menggunakan model ‘multi-stakeholder’ seperti di bawah.
Strategi 02
advocate
(“membuat advokasi”)
- Memahami landskap ekosistem sektor ketiga di Malaysia dari konteks pengukuran dan pelaporan impak.
- Mendapatkan kata sepakat tentang indikator pengukuran impak daripada ahli sektor ketiga.
- Mengenalpasti, menyesuaikan dan menggunapakai sebuah ‘toolkit’ awam, yang disesuaikan dengan situasi tempatan (‘localized’).
- Membangunkan sekumpulan panel pakar dan sukarelawan terlatih, yang boleh membantu dalam memperhalusi indikator impak dan membantu dalam pelaporan impak.
- Mencipta papan pemuka untuk menunjukkan usaha Malaysia dalam sektor ketiga mengikut lokasi, bidang fokus dan pengusaha.
STRATEGI 03
amplify
(“Memperkuatkan”)
- Menjenamakan Impact Malaysia sebagai sebuah organisasi untuk perubahan sosial dan impak sosial.
- Menekankan dan memperkuatkan projek impak sosial yang dipimpin oleh golongan belia.
- Memperkuatkan komunikasi dan dokumentasi berkenaan isu sosial.
- Meningkatkan kefahaman awam dalam semua yang berkaitan sosial dan impak.
Berminat menyertai pergerakan ini?
Lihat pada program kami!