Kanta adalah produksi Impact Malaysia yang berkongsi kandungan ringkas dan mudah difahami, serta dokumentari mini
Kami yang mengutarakan isu sosial dan pembangunan dalam konteks Malaysia. Anda boleh melanggani dan menerima isi kandungan daripada kami melalui Saluran YouTube kami di sini dan di saluran media sosial kami.
LANGGAN DI SINKANTA
Changemaker Musim 1
Changemaker merupakan satu siri yang menampilkan changemaker atau pembawa perubahan sosial muda di Malaysia. Siri ini mengupas berkenaan usaha pelbagai ‘changemaker’ muda dan usaha mereka untuk mencipta impak sosial dan mengubah dunia.
KANTA
Episod 1: Empire Project
Untuk episod pertama siri Changemaker, #TeamImpact telah diberi peluang untuk menemubual Ashraff Khan. Menurut beliau, media sosial ni ada kebaikan dan keburukannya tetapi pilihan untuk menggunakannya untuk kebaikan adalah keputusan kita. Tonton video ini untuk tahu perjalanan hidup beliau bersama Empire Project!
Kenali Ashraff Khan, pengasas Empire Project
TONTON VIDEOKANTA
Episod 2: Klima Action
Apa itu isu perubahan iklim dan apa yang boleh belia lakukan? Episod kedua dalam siri Changemaker kali ini, kami telah menemubual Ili Nadiah, pengasas bersama Klima Action untuk mengenal pasti langkah-langkah yang belia boleh lakukan dalam kehidupan seharian mereka untuk menangani isu iklim.
TONTON VIDEOKANTA
Episod 3: Drug Free Youth Malaysia
Untuk episod ketiga siri Changemaker ini, #TeamImpact menemubual Khai Aziz untuk mengetahui inspirasi beliau di sebalik pergerakan belia 'straight edge' ini. Drug Free Youth Malaysia (DFYA) menggunakan medium muzik untuk berkempen mesej anti-dadah dan kehidupan positif kepada belia berisiko di Malaysia. Tonton video ini untuk tahu perjalanan hidup Khai bersama Drug Free Youth Malaysia!
Khai Aziz merupakan pengasas Drug Free Youth Malaysia
TONTON VIDEOKANTA
Episod 4: Projek Reben Kuning
Saudara Rizan merupakan penggerak gerakan Reben Kuning, program untuk memberi peluang kedua kepada bekas banduan juvana, dan graduan lepasan sekolah juvana seperti Sekolah Henry Gurney. #TeamImpact telah diberi peluang untuk menemuramah saudara Rizan berkenaan inspirasi beliau di sebalik Reben Kuning, dan mengapa beliau bekerja dengan belia berisiko dan bekas banduan. Tonton video ini untuk mengenali Saudara Rizan Hassan dan Projek Reben Kuning!
Rizan Hassan merupakan aktivis belia yang sinonim dengan isu belia berisiko.
TONTON VIDEOKANTA
Episod 5: Dokumentari Pendek “Kenali Changemakers”
Kerja-kerja yang mereka lakukan ini bukan mudah dan pelbagai rintangan yang telah mereka tempuhi untuk terus bergerak maju. Impact Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Changemakers muda kita - Ashraff Khan dari Empire Project, Ili Nadiah dari Klima Action Malaysia, Khai Aziz dari Drug Free Youth Malaysia, dan Rizan Hassan dari Projek Reben Kuning kerana sudi berkongsikan pengalaman mereka.
TONTON VIDEOKANTA
Sesi Perkongsian Atas Talian
Ketika PKP, Impact Malaysia melancarkan satu siri perkongsian atas talian atau sesi ceramah, tentang pelbagai topik yang dekat dengan orang muda, menggunakan pendekatan yang santai tetapi efektif. Sesi perkongsian ini distrim secara langsung di Facebook dan Youtube.
Sesi Perkongsian Atas Talian
Siri Takeover Online
Sesi Perkongsian Atas Talian
Siri Chillax Online
Ingin mencadangkan idea untuk Kanta?
Fokus kami adalah pada penggerak muda, organisasi, isu dan inisiatif sosial serta isu semasa dan komentar mengenai impak dan perubahan sosial.
Emel Kami