Membudayakan Impak

Mengapa
kami fokus
kepada impak?

Kerana apa sahaja yang kita buat dalam dunia ini - baik atau jahat, adalah bermakna. Tontoni video berikut untuk pengenalan kepada prinsip-prinsip IMPACT.

 

Impak sosial adalah bagaimana tindakan sesebuah organisasi, perniagaan atau individu memberi kesan kepada komuniti sekeliling

Impak merupakan hasil daripada aktiviti, projek, program atau polisi. Impak boleh jadi negatif atau positif, sengaja atau tidak sengaja. Impak sosial boleh dirasai oleh mereka yang terkesan secara langsung, atau mungkin dirasai oleh mereka yang berada jauh dari lokasi projek. Impak sosial bukan sekadar memberi kesan kepada manusia, ia juga memberi kesan kepada ekosistem, alam sekitar dan planet kita.

Melakukan kebaikan dan mencipta impak sosial,

Mereka bukan benda yang sama.

kebaikan sosial atau impak sosial

Kebanyakan individu dan organisasi yang membuat pelbagai usaha baik untuk komuniti dan planet kita

Mereka suka menggunakan ungkapan “impak sosial” dalam kandungan komunikasi masing-masing, semua memberi gambaran yang positif. Itu sebenarnya kebaikan sosial, bukan impak sosial.

kebaikan sosial atau impak sosial

Impak sosial harus ada kedua-dua kesan positif dan negatif

Tidak ada tindakan positif sesungguhnya yang lengkap. Kerja impak sosial bergantung berat kepada penilaian, di mana orang menilaikan tindakan masing-masing dalam cara yang paling objektif dan jujur.

kebaikan sosial atau impak sosial

Amat perlu yang positif dan negatif sama-sama diutarakan

Ini adalah penting untuk mengenal pasti perubahan yang berlaku, dan apa yang gagal, demi usaha penambahbaikan melalui inovasi.

 

Belajar mengenai impak di Akademi Impact Malaysia

Learn more

Bagaimanakah kesedaran impak sosial akan

mengubah
segalanya?

Orang ramai melakukan kebaikan dengan cara yang lebih baik


Program dan polisi dibangunkan secara penyertaan bersama.


Pengurangan tindakan one-off, penambahan tindakan berpanjangan


Belajar dengan lebih baik sesama lain


Lebih kolaborasi untuk dunia yang lebih sempurna

 

Orang muda adalah pemimpin hari ini dan masa depan.

Untuk membudayakan impak sosial, orang muda harus berada di hadapan. Baca cerita mereka.

KLIMA ACTION

Klima Action Malaysia (KAMY) adalah pergerakan iklim akar umbi yang diterajui oleh belia Malaysia

Mereka berdiri di atas prinsip keadilan iklim. KAMY menggesa pendekatan yang lebih representatif terhadap tindakan iklim di Malaysia dengan memperkasakan kumpulan yang paling terjejas dengan impak krisis iklim iaitu belia, wanita dan komuniti terpinggir. Peningkatan suhu 1 ° C ke atas akan mengancam keselamatan sosial dan ekonomi Malaysia, dan negara kita akan menghadapi krisis eksistensial. Impact Malaysia memberi sokongan penuh kepada Klima Action Malaysia dan orang-orang muda yang bekerja dalam isu perubahan iklim.

Tontoni video
THE KENYALANG PROJECT

The Kenyalang Project terdiri daripada sembilan (9) alumni MyCorps dengan pengalaman berkhidmat dalam komuniti, di dalam dan luar negara

Mereka mempunyai pengalaman bekerja dalam projek pembangunan komuniti di negara Kemboja, Bangladesh dan Sri Lanka. Kenyalang mahu memperkasa dan ingin berkhidmat untuk komuniti tempatan.

Ikuti The Kenyalang Project
PERSATUAN BELIA G2 PEMANIS

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis terdiri daripada kalangan graduan dan mahasiswa Sarjana Muda dari pelbagai disiplin ilmu, dan juga anak cucu peneroka Felda Pemanis, Segamat, Johor.

Persatuan ini banyak melaksanakan program kesukarelawanan berteraskan kebajikan. 9 orang penggerak utama projek ini merupakan penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas, atau lebih dikenali di arena antarabangsa sebagai Duke of Edinburgh’s International Award - Gold Standard, dari UK.

Ikuti Persatuan Belia G2

Youth is the leader of today and tomorrow

For social impact to be a culture, youth needs to be at the forefront. Read their stories.

Melayu