Rakyat Malaysia amat bersikap pemurah. Berbilion ringgit dana telah disumbangkan ke arah usaha kemampanan dan pembangunan masyarakat, yang memerlukan penekanan terhadap impak di seluruh negara.

Kerangka pemikiran impak sosial perlu dibenam ke dalam kerja pembangunan masyarakat yang di luar sektor ketiga untuk membolehkan kita membuat keputusan yang lebih baik dan meningkatkan keberkesanan. Ia akan mewujudkan peluang untuk menganalisa dan menerima maklum balas, agar dapat membuat inovasi ke arah penambahbaikan.

 
Impact Malaysia

Pembudayaan bermula dengan orang muda, kerana orang mudalah masa depan negara kita.

Kami bermatlamat untuk membudayakan impak sosial ke dalam semua usaha untuk kesejahteraan masyarakat.


Impact Malaysia

Impact Malaysia adalah inisiatif di bawah kawal selia Kementerian Belia Dan Sukan

Kami bermatlamat untuk menyemarakkan impak sosial yang dipacu oleh golongan belia. Kami bekerja dengan pelbagai pemegang taruh menggunakan model “multi-stakeholder”, termasuklah komuniti, NGO, masyarakat sivil, organisasi kedermawanan, syarikat korporat, inovator sosial dan teknologi.

 
 

Temui pasukan yang mencipta impak

Pasukan Kami
Melayu