Impact Malaysia

Akademi
Impact Malaysia

Belia adalah masa depan negara. Masa depan yang mampan memerlukan belia yang mencipta impak social.

Malaysia ialah negara yang pemurah. Berbilion ringgit dihabiskan ke arah usaha kemampanan dan pembangunan sosial, yang memerlukan negara kita untuk fokus kepada impak. Cara pemikiran impak sosial perlu menjadi titik tengah kepada kerja pembangunan sosial yang bukan sekadar sektor ketiga – untuk kita membuat keputusan yang lebih baik dan melakukan inovasi ke arah yang lebih baik.

Kami berhasrat untuk menyemarakkan budaya pemikiran impak sosial di dalam masyarakat. Pembudayaan harus bermula dengan golongan belia, kerana belia adalah masa depan negara.

Impact Malaysia merupakan inisiatif di bawah kawal selia Kementerian Belia & Sukan (KBS) untuk menyemarakkan impak sosial yang dipacu belia, melalui model impak sosial berbentuk kerjasama komuniti, NGO, masyarakat sivil, organisasi filantrofi, syarikat korporat, inovator sosial dan teknologi.

Perubahan Yang Kami Bawa

Akademi Impact Malaysia  (Akademi Impact) merupakan program pembangunan kapasiti belia untuk penggerak belia untuk belajar bagaimana mencipta impak sosial dan pengukuran impak, dalam satu program jangka sederhana selama 3 bulan di ibu pejabat kami di Spacerubix, Puchong, Selangor.

Selain daripada biasiswa* sepanjang program untuk pelajar yang terpilih, pelajar Akademi Impact juga dapat menjalankan projek impak sosial di dalam persekitaran yang bermentor, dengan sokongan penuh untuk menjalankan projek sosial dari fasa idea, fasa operasi hingga fasa pemantauan dan penilaian. Pada akhir program, graduan Akademi Impact akan mempunyai pengalaman dan pengetahuan untuk menjalankan projek impak sosial – daripada penghasilan, pengurusan, pemantauan hingga penilaian projek.

Terbuka Untuk Orang Muda Berusia 18-29 Tahun

Anda mungkin seorang:

  • Orang muda yang sudah mempunyai inisiatif impak sosial dan perusahaan sosial
  • Orang muda yang ada idea dan ingin melakukan projek impak sosial
  • Belia yang aktif dalam komuniti
  • Belia lepasan SPM
  • Pelajar kolej/universiti
  • Belia yang belum bekerja
  • Eksekutif muda

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada orang muda dari semua lapisan masyarakat, terutamanya:

  • Dari masyarakat Sabah & Sarawak
  • Etnik Orang Asli
  • Golongan kurang berpendapatan dari kategori B40
  • Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Bekas banduan dan bekas pelajar sekolah juvana

Perjalanan Akademi Impact Malaysia

Garis Masa
Perjalanan
Minggu 0
Proses kemasukan Akademi Impact dan check-in.
Minggu 1
Sesi pembangunan pasukan, memahami cara pemikiran impak (impact thought framework) dan memilih isu yang ingin diusahakan.
Minggu 2
Modul Systems Change, pemahaman tentang impak sosial, proses ideation dan pembuatan kertas kerja.
Minggu 3 – 6
Kajian projek, pengukuran impak sosial, financial modeling, pengurusan projek, pemasaran digital, komunikasi strategik, membuat prototaip projek dan mula menulis blog perjalanan projek di Jurnal Impact.
Minggu 7 – 10
Menjalankan fasa perintis 6 projek menggunakan dana permulaan sebanyak RM5,000/projek, pencarian dana penuh dan melakukan proses pengukuran impak.
Minggu 11 – 12
Meneruskan projek selepas inovasi dan perubahan yang dilakukan dalam fasa prototaip menerusi program Projek Impact. Pelajar Akademi akan dilantik menjadi pengurus projek, yang akan terus dijalankan selepas pengakhiran Akademi.

Rupa Akademi Impact Malaysia

Contoh penginapan yang disediakan di Akademi. Lantai Santai ialah ruang kelas anda, dan terdapat pelbagai ruang / bilik latihan untuk anda membuat kerja perancangan dan prototaip.

Belajar Cara Impact!

I
Ideate
(Mencari Idea)

Kaji isu sosial, cari penyelesaian kepada masalah sosial dan bentang idea anda (pitch).

M
Map
(Membuat Peta)

Sediakan peta perjalanan kerja anda, huraikan impak anda, siapkan kewangan anda dan bersedialah untuk perubahan sosial!

P
Pilot
(Fasa Percubaan)

Dari bulan kedua, cuba laksanakan idea anda di dalam persekitaran yang selamat, dengan pembiayaan awal sebanyak RM5,000 satu projek berkumpulan.

A
Act
(Fasa Tindakan)

Setelah projek anda berjaya dipilotkan dan disahkan, lanjutkan projek anda bersama kami sehingga bulan November 2020.

C
Count
(Fasa Pengukuran)

Ukur impak anda. Kumpul data sepanjang perjalanan kerja. Buktikan perubahan yang anda lakukan.

T
Tell
(Fasa Komunikasi)

Dokumentasikan kerja anda. Ceritakan kisah anda. Letakkan di media sosial. Beri inspirasi kepada masyarakat.

Langkah-Langkah Untuk Menyertai Akademi Impact Malaysia

Langkah 1.

Terangkan secara ringkas dan jelas, idea projek yang ingin anda jalankan, dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Kami mengesyorkan anda untuk menggunakan kertas kerja yang boleh dimuat-turun di laman web kami. Jika anda tiada idea projek, cerita tentang isu sosial yang anda minati.

Langkah 2.

“Apakah isu sosial yang anda minati, dan mengapakah anda bersemangat untuk mengatasi isu tersebut?” Jawapan anda harus dalam bentuk video tidak lebih dari tempoh 2 minit - boleh dirakam mengguna telefon bimbit atau kamera.

Kongsi video tersebut di akaun media sosial peribadi anda atau di Youtube (harus terbuka untuk tatapan awam) dengan hashtag #AkademiImpact #JomBuatImpact dan tag Impact Malaysia @impactdotmy di Facebook dan @impactmsia di Instagram.

Langkah 3.

Isi borang penyertaan di sini. Jangan lupa untuk muat naik dokumen idea projek anda serta pautan ke video anda.

Jika anda memerlukan bantuan untuk mengisi borang penyertaan dan menyediakan kertas kerja / video penyertaan, sila e-mel kami di connect@impact.my atau telefon 03 - 8064 4472 (hari kerja dari pukul 10 pagi hingga 5 petang).

Apa Yang Anda Akan Dapat?

Semua kos pembelajaran dan kursus dalam Akademi

Penginapan sepanjang program

Wang perbelanjaan harian

Makanan dan minuman sepanjang tempoh kelas

Pengangkutan untuk ke lokasi Akademi di Spacerubix

Dana untuk fasa perintis projek sosial yang akan anda lakukan

Garis Masa

10 Februari 2020
Penyertaan Akademi Impact bermula! Daftar penyertaan anda di www.impact.my.
10 Februari 2020
15 Mac 2020
Penyertaan ditutup.
15 Mac 2020
16 Mac 2020
Pengumuman perserta yang berjaya menjadi sebahagian daripada Akademi Impact.
16 Mac 2020
23 Mac 2020
Peserta mula mendaftar dan berkumpul di Spacerubix, Puchong untuk sesi Akademi.
23 Mac 2020
April 2020
Pelancaran Akademi Impact Malaysia. Kelas Akademi Impact berlangsung selama 2 minggu.
April 2020
Pertengahan April 2020
Peserta pulang ke komuniti masing-masing dan memulakan fasa perintis 6 projek impak sosial. Impact Malaysia akan membuat proses pemantauan.
Pertengahan April 2020
Jun 2020
Hari Graduasi Akademi Impact Malaysia.
Jun 2020
Jun - November 2020
6 projek impak sosial diteruskan di bawah naungan program Projek Impact
Jun - November 2020