Impact Malaysia

IMPACT TAKEOVER

TENTANG
IMPACT TAKEOVER?

Impact Takeover merupakan program outreach Impact Malaysia. Takeover direka untuk memperkasa mahasiswa, pelajar dan belia dari usia 18 hingga 34 tahun melalui bengkel latihan yang mengfokuskan penyelesaian, menggunakan pendekatan berteraskan pengalaman ke arah kemahiran pekerjaan; media digital; dan modul khas ke arah sektor ketiga seperti pengurusan project, rekacipta projek sosial, penjanaan dana dan pengukuran impak sosial.

Perjalanan peserta akan bersambung selepas program ini berakhir, kerana mereka akan diberi peluang untuk menyertai Impact Youth – jaringan aktivis belia dan sukarelawan Impact Malaysia. Ahli Impact Youth akan didedahkan kepada peluang untuk pembinaan kapasiti dan sesi perangkaian, untuk mereka menjadi agen perubahan sosial dan komuniti setempat, seluruh negara.

Siapa? Mengapa?

SIAPA YANG HARUS
MENYERTAI IMPACT
TAKEOVER?

Pelajar universiti/kolej,pensyarah muda, kelab belia dan penggerak masyarakat, serta pemimpin belia muda di pelbagai komuniti.

Sesiapa yang berusia 18 – 34 tahun.

MENGAPA ORGANISASI ANDA HARUS MENGANJURKAN
IMPACT TAKEOVER?

  • Anda seorang pensyarah, dan ingin pelajar anda menjadi yakin dan mempunyai kemahiran kerjaya
  • Anda memimpin atau aktif dalam kelab belia dan masyarakat, dan ingin menguruskan projek dan impak sosial anda dengan lebih baik
  • Anda adalah belia yang aktif dalam komuniti anda sendiri dan ingin melakukan sesuatu dalam masyarakat
  • Anda adalah orang yang kreatif, dan ingin memberi impak kepada masyarakat menggunakan kerja kreatif

Modul*
Impact Takeover

QUICKIE:CAREER

  • Objektif Pembelajaran:
    Mendapatkan pandangan dan
    pengetahuan ke arah
    kemahiran kerjaya
  • Segmen Modul:
    • Asas Dunia Kerjaya
    • Klinik CV / Latihan Temubual
    • Ada “Pengalaman”
      Sebelum Habis Belajar
  • Langkah Seterusnya:
    Menjadi ahli Impact
    Youth, jaringan aktivis
    sosial muda kami
  • Prasyarat: Lakukan ujian
    personaliti percuma di
    www.16personalities.com

QUICKIE:IMPACT

  • Objektif Pembelajaran:
    Pemahaman am tentang
    penghasilan projek impak
    sosial
  • Segmen Modul:
    • Kenapa (The Big Why)
    • Teori Perubahan (Theory of
      Change)
    • Halaman Sosial Asas (Lean
      Social Canvas)
  • Langkah Seterusnya:
    • Akademi Impact Malaysia:
      Program pemacu penciptaan
      impak sosial selama 2 bulan
    • Impact Youth: Sebuah
      jaringan aktivis social
      muda
    • Felo Impact: Program felo
      perantis sukarelawan, untuk pengukuran impak sosial
  • Prasyarat: Minat yang mendalam
    atau ditunjukan dalam bidang
    impak sosial

QUICKIE:CREATIVE

  • Objektif Pembelajaran:
    Pemahaman am tentang
    penciptaan isi kandungan
    digital
  • Segmen Modul:
    Asas Penciptaan Kandungan
    • Memahami Demografi
    • Strategi Isi Kandungan
    • Pemasaran Isi Kandungan
  • Latihan praktikal
  • Sesi perkongsian dengan
    profesional dari bidang
    media
  • Langkah Seterusnya:
    Penglibatan dalam Kanta
    Impact dan Tinta Impact
  • Prasyarat: Minat yang
    mendalam atau ditunjukkan,
    atau pengkhususan akademik
    dalam bidang penulisan, media atau kreatif

BAGAIMANA UNTUK
MENGANJURKAN
IMPACT TAKEOVER?

ANDA:

  • Seorang wakil
    ditugaskan khusus

    untuk kerja
    penyelarasan
  • Memastikan 30 – 80
    orang peserta

    menghadiri Takeover
  • Menyediakan sebuah
    tempat yang selesa
    untuk peserta dengan
    kemudahan audio visual
    yang diperlukan

KAMI:

  • Kami akan menyediakan modul bagi sesi sepanjang 2 – 6 jam
  • Juadah ringan untuk
    peserta
  • Fasilitasi sepanjang sesi Takeover
  • E-Sijil untuk semua
    peserta
  • Sudah semestinya
    keseronokan sambil belajar!
tttttt

Pasukan Impact Takeover

JUNAIDI AL-JOHARY
PROJECT
eddy@impact.my

FARHAN RAZAK
OUTREACH
farhan@impact.my