Impact Malaysia

Lembaga Pemegang Amanah

Dato’ Lokman Hakim Ali

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta penyokong lama pembangunan belia. Beliau memegang jawatan sebagai KSU Kementerian Belia dan Sukan dari tahun 2016 hingga 2019; pada umur 45 tahun orang yang paling muda dilantik ke jawatan tersebut.

Syed Azmi Alhabshi

Aktivis sosial, dengan fokus ke arah hak asasi kanak-kanak melalui kerja beliau bersama PUAK Payong. Beliau aktif dalam melakukan advokasi isu sosial melalui media sosial, dan menguruskan dana amal beliau sendiri yang dipanggil Tamak Pahala.

Mohammad Rizan Hassan

Penerima Anugerah Tokoh Belia ASEAN, beliau aktif mengangkat isu-isu mengenai belia berisiko. Selaku Setiausaha Agung Federasi Kebangsaan Pekerja Belia, Rizan juga menguruskan kluster Kempen Kesedaran bagi projek Reben Kuning serta menerajui inisiatif Belia Mahir.

Zaim Mohzani

Pengasas Nation Building School dan MyDiplomacy, beliau amat mengambil berat isu-isu pembangunan dan pembinaan kapasiti belia. Beliau sedang mengikuti program Sarjana Strategi Antarabangsa dan Diplomasi di LSE di bawah biasiswa Chevening.

Siti Rahayu Baharin

Seorang aktivis sosial yang terkenal untuk kerja beliau dengan Buku Jalanan Chow Kit. Penyokong kuat hak kanak-kanak, pendidikan untuk semua dan isu-isu mereka yang tidak berkewarganegaraan.

Sharifah Amani

Tukang cerita dan aktivis yang terkenal untuk lakonan beliau dalam filem Sepet dan Gubra, arahan Yasmin Ahmad. Beliau menyokong usaha untuk sebuah Malaysia yang progresif serta pemeliharaan kesenian dan kebudayaan tradisional.

Chook Wai Mun

Seorang berkelulusan dalam jurusan kewartawanan dan komunikasi dari Hanxing College of Journalism dan Communication Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam kerja sosial dan NGO belia dan berkhidmat sebagai seorang mentor Program Anugerah Remaja Perdana.