Impact Malaysia

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Pihak kerajaan telah belanja berbilion ringgit untuk memupuk sebuah negara yang terdiri daripada penggerak komuniti, melalui pengwujudkan dan pelaksanaan strategi perubahan sosial dalam usaha memangkin pembangunan negara.

Hari ini, jelas dilihat terdapat ramai changemaker yang giat berusaha di kalangan komuniti bandar dan luar bandar. Masyarakat di mana budaya kesukarelawanan semakin meningkat, adanya pencetusan inisiatif keusahawanan sosial dan penggunaan model kerjasama. 

Walaupun kami dapat melihat banyak kerja yang telah dijalankan, adakah ia membawa perubahan yang memadai? Apa jua pendapat anda, saya percaya bahawa perubahan hanya boleh dicapai melalui kerjasama yang kukuh dan kerjasama hanya akan wujud sekiranya impak yang ingin dicapai dapat disampaikan dengan secara objektif.

Di samping itu, walaupun pihak belia telah giat menjalankan projek sosial, ramai masih menghadapi masalah untuk menyakinkan pemegang taruh seperti kerajaan dan pihak swasta, bahawa usaha mereka cukup bermakna. Jumlah belia pada 2018 adalah 47% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Mereka bertenaga dan bersemangat untuk melakukan perubahan sosial. Ini terbukti melalui tanggapan orang ramai bahawa kesukarelawanan adalah salah satu daripada sifat orang muda. 

Walau bagaimanapun, mengikut kajian yang dijalankan oleh Asia Foundation, hanya 39% belia Malaysia yang  menyatakan bahawa mereka yakin dapat menyumbang kepada usaha menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat masing-masing. Di samping itu, hanya 41% belia yang percaya mereka dapat mempengaruhi cara kerajaan bertindak. 

Semua ini merupakan isu pemberdayaan, kebertanggungjawapan dan keterangkuman. Ini adalah sebuah jurang dalam ekosistem melihatkan bahawa belia merupakan kuasa besar yang harus digembeling untuk membawa perubahan sosial – kami hanya perlu membuka jalan. 

Impact Malaysia menyedari perkara ini dan ingin melakukan tiga perkara. Pertama, untuk membolehkan impak mberhasratelalui kolaborasi dengan pelbagai pemegang taruh seperti belia sebagai penggerak utama; wakil dari sektor ketiga seperti NGO, masyarakat sivil dan para akademik; organisasi penaja seperti badan korporat, pengusaha dan badan dermawan; dan komuniti tempatan Malaysia, semua dengan pengalaman yang mendalam mengenai isu-isu berkenaan. 

Perubahan sosial memerlukan “pemboleh” atau pemudahcara untuk memudahkan proses dan Impact Malaysia berhasrat untuk memainkan peranan tersebut.

Kami membayangkan dapat menghubungkan para belia dengan penyedia penyelesaian teknologi yang bukan berasaskan keuntungan, untuk membawa perubahan sosial yang berimpak, kos efektif dan boleh dikembangkan. Rekabentuk projek kami mewujudkan proses di mana belia dapat menimba ilmu dari pakar dan seterusnya menjadi agen perubahan untuk memindahkan kemahiran kepada komuniti penerima.

Kami bermatlamat untuk memudahkan proses bagi sektor perniagaan untuk melibatkan diri dalam alam perubahan sosial – bukan hanya dengan memperuntukkan sumber kewangan tetapi juga melalui pembekalan tenaga sukarelawan, dan lain-lain lagi.

Kami ingin memudahcarakan perubahan sosial melalui sokongan kepada projek sosial berasaskan komuniti yang juga dipacu oleh komuniti terutamanya pihak belia; dengan kerjasama rakan kongsi lain di dalam ekosistem.

Di dalam semua program kami, Impact Malaysia berfungsi sebagai platform untuk perkongsian sumber – kewangan, tenaga kerja, aset, data, teknologi, pengalaman, rangkaian dan lain-lain lagi. Kami berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk bekerjasama dengan semua pemegang taruh untuk mengenal pasti dan merapatkan jurang dalam projek-projek yang bertujuan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat. 

Kedua, kami ingin berjuang untuk impak. Advokasi bukan terhad hanya kepada usaha penyebaran dan promosi. Kami percaya ia harus juga merangkumi usaha mempermudahkan proses bagi apa saja yang diperjuangkan. Impact Malaysia berjuang demi penilaian dan pelaporan perubahan; di samping kebertanggungjawapan atas usaha berbuat baik. Ini bermakna kami akan menyelidiki dengan mendalam amalan terbaik untuk menghasilkan impak sosial, dari kedudukan pusat. 

Kami berhasrat untuk berada di barisan hadapan usaha membekal bantuan dan sumber bagi penilaian impak, ke arah pembudayaan impak sosial. Kami ingin membantu sektor swasta untuk mencapai matlamat tanggung jawab sosial masing-masing dan kami ingin mempermudahkan usaha anda untuk berbuat baik,

Ketiga, kami ingin menyebarluaskan impak. Walaupun terdapat liputan mengenai changemakers dan belia di pelbagai saluran media, dalam realiti mereka masih susah payah mendapatkan publisiti. Cerita mengenai perubahan sosial kebiasaannya tidak dilaporkan sebagai berita utama malah diletak sebagai berita sampingan atau rencana. Sekiranya membawa perubahan dilihat sebagai berbuat baik sahaja, ia akan terus dianggap sebagai sesuatu yang memberi “feel good factor”. Ini tidak memadai.

Impact Malaysia menganggap cerita tentang usaha membawa perubahan sebagai sebahagian penting proses pembinaan negara bangsa. Tindakan membawa perubahan bukan hanya patut memberi inspirasi tetapi juga mempengaruhi polisi, memberi kesan kepada pembangunan dan menyelesaikan masalah sebenar. Melalui pendekatan ini, kami membangunkan platform strategik untuk  membuat sorotan cerita amalan terbaik impak sosial. 

Tuan-tuan dan puan-puan, kami membayangkan sebuah dunia di mana “change maker” dapat bekerja sama dengan efektif sebab perubahan sosial tidak boleh dicapai oleh hanya seorang wira tetapi ramai. Kami ingin berada di sebuah dunia di mana tenaga dan perspektif yang segar para belia dapat digembelingkan, di mana para belia akan berada di barisan depan untuk memperceptkan impak.

Bayangkan, belia bekerjasama dengan syarikat teknologi bukan berkeuntungan, NGO, organisasi masyarakat sivil, pihak kerajaan dan swasta untuk membawa perubahan di komuniti masing-masing. Bayangkan apabila penilaian dan pelaporan impak bukan sesuatu yang asing tetapi kebiasaan. Bayangkan, mereka di dalam ekosistem ini diiktiraf dan diangkat seolah mereka adalah selebriti yang memenangi anugerah.

Impact Malaysia berada di tempat yang terbaik untuk menghubungkan semua pihak terlibat dalam usaha membawa perubahan sosial sebagai sebuah inisiatif di bawah kawal selia Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Kami percaya kami adalah pengantara terbaik untuk menghubungkan belia, kerajaan, “change maker”, inovator, dan sektor swasta untuk membina hubungan kerja bagi perubahan sosial.

Impact Malaysia tidak dapat membawa perubahan dengan sendiri. Peranan kami adalah untuk membuka pintu, memecahkan siling kaca serta membuka jalan agar kamu dapat mengembangkan kerjasama sesama anda. Memang tidak dapat dinafikan bahawa organisasi ini pernah wujud dalam ekosistem membawa perubahan di bawah nama lain. Kami pernah berada di sini, kami masih di sini dan kami ada tetap berada di sini.

Kerjasama dengan kami, kembangan usaha dengan kami dan jom hasilkan impak sosial bersama.

Ahmed Faris
Ketua Pengawai Eksekutif
Impact Malaysia