Impact Malaysia

Tentang Impact Malaysia

ORANG MUDA ADALAH MASA DEPAN NEGARA. MASA HADAPAN YANG MAMPAN MEMERLUKAN ORANG MUDA YANG MENCIPTA IMPAK SOSIAL.

Rakyat Malaysia amat bersikap pemurah. Berbilion dana telah disumbangkan ke arah usaha kemampanan dan pembangunan masyarakat, yang memerlukan penekanan terhadap impak di seluruh negara. Kerangka pemikiran impak sosial perlu dibenamkan ke dalam kerja pembangunan masyarakat yang di luar sektor ketiga untuk membolehkan kita membuat keputusan yang lebih baik dan meningkatkan keberkesanan. Ia akan mewujudkan peluang untuk menganalisa dan menerima maklum balas, agar dapat membuat inovasi ke arah penambahbaikan.

Kami bermatlamat untuk membudayakan impak sosial ke dalam semua usaha untuk kesejahteraan masyarakat. Pembudayaan bermula dengan orang muda, kerana orang muda adalah masa depan negara kita.

Impact Malaysia adalah inisiatif di bawah kawal selia Kementerian Belia Dan Sukan untuk menyemarakkan impak sosial yang dipacu oleh golongan belia. Kami bekerja dengan pelbagai pemegang taruh menggunakan model “multi-stakeholder”, termasuklah komuniti, NGO, masyarakat sivil, organisasi kedermawanan, syarikat korporat, inovator sosial dan teknologi.