Salah tafsir yang sering berlaku mengenai impak
Salah tafsir yang sering berlaku mengenai impak termasuklah menyenaraikan output organisasi sebagai impak. Ini menimbulkan gambaran yang salah mengenai impak sebenar campur tangan organisasi terhadap penerima manfaat. Dalam jangka masa panjang, organisasi akan menghabiskan banyak sumber untuk menghasilkan output sama kepada penerima manfaat berulang kerana ia tidak memberi impak yang nyata.
Kami mahu membantu mengubahnya!
Di sini, kami berkongsi sumber-sumber amalan terbaik mengenai pengukuran impak. Ini termasuk panduan untuk organisasi mengenai cara mengenal pasti impak, cara mengukurnya dan banyak lagi!
Pengukuran Impak
Sumber-sumber amalan terbaik
03
Akan datang: Perkongsian amalan terbaik rakyat Malaysia dibawakan kepada anda oleh Impact Malaysia
Coming SoonSaya berminat untuk sertai Akademi Impact
DAFTAR SEKARANGPengukuran Impak
Apa Yang Anda Pelajari Di Akademi Impact?
Impact Network
Jaringan pengamal impak sosial.
Sebuah siri meja bulat individu dan organisasi yang ingin memajukan impak sosial di Malaysia. Impact Network dijangka akan berjumpa 4 kali setahun dan menyumbang kepada kumpulan pakar Impact Malaysia.
Siapakah yang berada di dalam Impact Network?
- Individu yang membawa perubahan - mereka yang ingin menilaikan sumbangan impak kerja masing-masing.
- Organisasi kecil yang tidak mempunyai tenaga kerja cukup untuk memantau dan menilai, sumber yang tidak memadai untuk kerja pelaporan dan yang mencari dana.
- Ahli sektor ketiga seperti organisasi masyarakat sivil, badan bukan kerajaan, bahagian tanggungjawab sosial korporat, dsb, mereka yang sekarang menggunakan sistem pengukuran impak yang berbeza-beza, yang ingin merperhalusi usaha pemantauan dan penilaian masing-masing serta yang ingin melihat impak yang jelas, yang menyalur kepada kemajuan impak kebangsaan.
Apakah objektif Rangkaian Impact?
- Mendapatkan kata sepakat mengenai mekanisma pelaporan impak seperti kaedah, petunjuk, garis dasar dll
- Menyumbang kepada pengumpulan data untuk menambahbaik garis dasar
- Menyumbang kepada kumpulan pengguna Product I
- Bantu membangunkan belia menerusi sumbangan ilmu dan kepakaran kepada Akademi Impact Malaysia dan Projek Impact.