Projek
Dari tahun 2020, projek-projek kami dijalankan oleh sekumpulan belia aktif yang kami panggil Impact Youth.
Nak jadi sebahagian daripada Impact Youth? Daftar sekarang!
Impact youthProjek
Projek Pemasangan Sistem Solar Rumah Pos Titom, Pahang
Menurut United Nation Development Program, pada tahun 2016, 87 peratus daripada populasi dunia tidak mendapat akses kepada bekalan elektrik. Bekalan elektrik yang disalurkan pula tidak semestinya stabil dan berterusan. Di Malaysia, 98 peratus daripada rakyatnya mendapat bekalan elektrik yang stabil. 2 peratus lagi masih di dalam keadaan di mana bekalan elektrik kerapkali terganggu.
Menyahut seruan Goal 7 dalam Sustainable Development Goals, Impact Malaysia bekerjasama dengan Suncrox Solar Malaysia dan Politeknik Sultan Azlan Shah untuk membawa sistem solar rumah untuk menerangi 60 buah rumah di Pos Titom, Pahang.
Pada bulan Februari 2020, kami kembali ke Pos Titom untuk mengukur impak kami, dan memahami secara lebih lanjut jika projek yang kami jalankan pada 2019 betul-betul membantu komuniti Pos Titom.
Tonton Video
Tonton Video
Projek
Projek Penapisan Air Kampung Orang Asli Sg. Buloh, Selangor
Sumber air yang bersih merupakan sumber yang sering dipandang ringan di era Malaysia yang moden ini, di mana banyak lagi kampung Orang Asli yang tidak mendapat bekalan air yang dirawat kerana lokasi mereka yang jauh dari sumber air utama. Sumber air tradisional mereka adalah air hujan, sungai dan air terjun. Beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya apabila musim hujan, air akan berubah menjadi berlumpur.
Projek ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah ini dengan membekalkan setiap isi rumah dengan sistem penapisan air yang ringkas. Walaupun Kampung Orang Asli Sg Buloh berada di kawasan urban, mereka tidak menerima bekalan air yang dirawat. Melalui projek ini,
27 buah isi rumah telah dibekalkan dengan sistem penapisan air dengan harapan dapat meningkatkan kualiti air dan kehidupan seharian mereka.
Projek
UTP Clean Games Teluk Senangin, Perak
Impact Malaysia melatih dua puluh (20) orang sukarelawan muda berkenaan pengurusan projek, dan bekerjasama dengan pemimpin projek sepanjang perancangan dan pelaksanaan projek mereka “UTP Clean Games”.
Impact Malaysia juga menyumbang kepada pembinaan dua (2) papan tanda pesanan khidmat komuniti di pantai tersebut, dan juga membuat dokumentasi program dalam bentuk video
Projects
Projek Taman Dapur Komuniti Spacerubix, Puchong
UN SDG telah mengetengahkan kepentingan bandar mampan dalam SDG ke-11, “Bandar dan Komuniti Mampan”. Populasi bandar-bandar di seluruh dunia dijangka naik kepada 59% pada tahun 2030. Projek-projek seperti Taman Dapur di bandar-bandar adalah antara cara untuk kita membantu memupuk bandar yang hijau dan mampan.
Jalan ke arah perbandaran mampan memerlukan pendekatan pelbagai pemegang-taruh, dan memerlukan penyertaan pemegang-taruh awam dan swasta. Pada tahun 2019, Impact Malaysia telah berjaya membina kolaborasi mampan antara Spacerubix dan sebuah kumpulan belia, SparcSE daripada Fakulti Pembinaan dan Alam Sekitar, UM, untuk membina Taman Dapur yang senang dijaga, boleh diakses orang ramai dan menggabungkan prinsip kitar semula di dalam kompleks Spacerubix.
Projek perintis ini membuktikan bahawa orang bandar tidak memerlukan tanah yang besar untuk pertanian. Sayuran yang dipetik segar bukan sekadar muda, tetapi juga bebas daripada bahan kimia, organik dan sihat. Pada akhir projek ini, SparcSE telah berjaya mereka cipta, memasang dan membina sebuah sudut pertanian vertikal menggunakan prinsip pertanian bandar, menggunakan bahan kitar semula.
Berminat untuk mengetahui secara lebih lanjut tentang projek kami?
Impact Malaysia kini sedang mencari belia aktif untuk memacu projek sosial menerusi Impact Youth. Daftar sekarang!
Daftar Impact Youth sekarang!