Perjalanan mereka tidak terhenti selepas Takeover
kerana peserta Takeover akan diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Impact Youth - jaringan belia aktif dan sukarelawan di bawah Impact Malaysia. Ahli Impact Youth akan didedahkan kepada peluang pembinaan kapasiti dan ‘networking’, untuk mereka mencipta perubahan sosial di dalam masyarakat setempat dan di seluruh negara.
TAKEOVER
Siapa Yang Kami Cari?
Pelajar kolej atau universiti, pensyarah muda, penggerak persatuan dan kelab belia, dan belia dalam komuniti. Sesiapa yang berumur 18 - 34 tahun.
Hos
Mengapa Organisasi Anda
Harus Menganjurkan Takeover?
•
Anda adalah seorang pensyarah, dan anda mahukan pelajar anda untuk menjadi lebih yakin dan mempunyai prospek kerjaya yang lebih baik.
•
Anda adalah pemimpin persatuan atau kelab belia, dan anda mahu menguruskan projek dan impak sosial anda secara lebih baik.
•
Anda adalah belia aktif dalam komuniti anda sendiri, dan anda mahu berbuat sesuatu yang baik dalam masyarakat.
•
Anda adalah sekumpulan penggiat kreatif yang mahu memberi impak kepada masyarakat menerusi kerja kreatif yang anda jalankan.
TAKEOVER
Komponen Takeover
Komponen 01
Perbincangan “Unggun Api”
Belia berbincang tentang isu sebenar yang relevan kepada mereka, seperti pengangguran, pendidikan dan sebagainya. Dalam segmen ini, belia akan berkongsi isu mereka secara bersistem bersama Impact Malaysia, secara santai. Pada akhir sesi, kami mahukan belia untuk mengenal pasti akar permasalahan isu yang dibincangkan.
Komponen 02
Bengkel
Modul yang dikongsi dalam bengkel Takeover akan merangkumi:
- Perubahan sistem: mengenalpasti masalah sosial secara bersistem
- Pencarian idea projek sosial
- Teori Perubahan
- Mengenalpasti dan mengukur perubahan yang dibawa oleh idea projek sosial
Komponen 03
Sesi Demo
Peserta bengkel akan dapat menceritakan idea mereka kepada Impact Malaysia, setelah mempelajari bagaimana untuk membangunkan idea mereka dalam sebuah dokumen atau ‘deck’. Sesi demo adalah sesi di mana peserta Takeover mempersembahkan idea mereka, dan secara tidak langsung membangunkan kemahiran persembahan mereka. Hanya satu projek yang akan dipilih sebagai pemenang, dan projek itu akan diberi dana menerusi Dana Impact.
Komponen 04
Cawangan Tempatan Impact Youth
Alumni bengkel akan diberi peluang untuk membina dan membangunkan kelab atau cawangan tempatan Impact Youth.
Projek sosial yang menang akan menjadi projek sosial utama yang akan dijalankan oleh cawangan kelab Impact Youth di tempat itu. Perjalanan projek akan dipantau oleh Impact Malaysia.
Hos
Bagaimana Untuk Menganjur Sesi Takeover?
anda :
- Mendapatkan seorang penyelaras.
- Dapatkan 30 - 80 orang peserta untuk menghadiri Takeover.
- Mendapatkan sebuah lokasi yang selesa untuk peserta yang anda jemput, dengan fasiliti audio visual yang berpatutan.
kami :
- Kami akan menyediakan modul yang sesuai untuk sesi selama 2 - 48 jam.
- Makanan dan minuman untuk peserta.
- Fasilitasi untuk seluruh sesi Takeover.
- E-Sijil untuk semua peserta.
- Keseronokan!