Kami menjemput NGO, badan kebajikan, penyedia bantuan dan penyedia servis penghantaran untuk menyertai kempen ini. Isi borang ini untuk menyertai kempen kami!

Apakah projek #ImpactTolongHantar?

EN | BM

#ImpactTolongHantar adalah sebuah usaha kolaboratif yang diterajui oleh Impact Malaysia bagi membantu pelbagai kumpulan dan pertubuhan amal menghantar bekalan-bekalan penting kepada rakyat yang sedang memerlukan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. 

Inisiatif ini bergerak serentak selaras dengan Pelan Tindakan Operasi (PTO) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Inisiatif ini menghubungkan sesiapa sahaja, baik organisasi mahupun individu, dengan mereka yang memerlukan, termasuklah rakyat Malaysia yang terjejas dalam situasi semasa ini, dengan rakan penghantaran mikro dan bersaiz sederhana. Dengan menghubungkan organisasi dan rakan penghantaran, inisiatif ini dijangka akan membantu lebih 8,000 penerima di pelbagai lokasi.

Selain itu, sumbangan berbentuk derma juga dibuka kepada sesiapa yang ingin menyumbang ke Tabung Bantuan Bencana COVID-19 Impact Malaysia melalui akaun bank Impact Integrated – 5643-2460-5701 (Malayan Banking Berhad). Sumbangan yang diterima akan digunakan sepenuhnya melalui kempen #ImpactTolongHantar.

Statistik

RM 60,065.42

Jumlah Dibelanjakan

RM 24,637.17

Jumlah Dibelanjakan Untuk Penghantaran

RM 35,428.25

Jumlah yang Dibelanjakan untuk Memberi Bantuan Langsung / Derma

19,988

Orang Dibantu​

1,668

Isi Rumah Dibantu​

5,700

Petugas Barisan Hadapan

165

Rumah Amal

591

Pelajar

4,168

Penghantaran Makanan Dimasak

996

Barangan Runcit Dihantar

4,950

PPE / Barang Kebersihan Dihantar

Benefisiari

Golongan B40

Tempat Perlindungan

Bank Makanan

NGO

Program

Impact Malaysia x PDRM Selangor x MYDIN

Impact Malaysia dengan kerjasama MYDIN untuk menghantar bekalan ke PDRM Selangor di IPK Shah Alam.

Persatuan Kechara Soup Kitchen

Penghantaran Nando’s ke barisan hadapan.

Biji-Biji Initiative

Penghantaran bekalan dari pelbagai penderma di Lembah Klang untuk membantu pengeluaran topeng perisai wajah Biji-Biji.

Monsters Among Us

NGO ini mengumpul dana untuk mendapatkan bekalan makanan untuk komuniti B40.

Mr Speedy

Impact Malaysia membantu menyambungkan dermawan dan benefisiari B40 dengan bantuan Mr Speedy.

Persatuan Kebajikan Kembara Insani (Kembara Insani)

Kembara Insani bekerjasama dengan masyarakat miskin di Lembah Klang. Mereka menyediakan bantuan kewangan kepada keluarga terjejas oleh COVID-19 dengan bekalan runcit dan barangan makanan.

Yellow House KL

Membantu Yellow House KL untuk menghantar pakej penjagaan mereka kepada golongan yang memerlukan, terutama pelarian dan pekerja asing yang tidak dapat membekalkan diri mereka.

Masala Wheels

Penghantaran makanan dan bekalan.

FEMX Malaysia

Connect & Compassion

Penghantaran bekalan isi rumah kepada 25 penerima.

The Lost Food Project

Penghantaran makanan siap dimasak untuk rumah kanak-kanak, rumah untuk orang kurang upaya dan warga tua.

Taylor's Education Group

Penyampaian bekalan isi rumah kepada benefisiari di kawasan PPR sekitar Lembah Klang.

Medtweetmy

Penghantaran PPE, bekalan penjagaan kesihatan dan tudung untuk kakitangan perubatan di hospital Perak.

#KitaJagaKita and Rumah Kita

Kerjasama dengan Rumah Kita untuk penghantaran PPE.

Facebook Malaysia x Acris Communications

Kerjasama antara Facebook Malaysia dan Arcis Communications untuk penghantaran PPE dan sanitizer kepada kakitangan media di Selangor dan KL.

ARDF Malaysia

Penyampaian bekalan isi rumah dan saniter kepada kediaman PPR.

Pak Grocer

Boleh digunakan oleh

B40

Langkah untuk guna

Layari laman Facebook Pak Grocer atau Whatsapp untuk pesan. Sebutkan promo code #ImpactTolongHantar semasa membuat pesanan. Penghantaran percuma ke kawasan-kawasan B40.

*Hanya untuk Pak Grocer Gasing Indah, Petaling Jaya, Pak Grocer Ken Rimba, Shah Alam, Pak Grocer Kinrara Mas, Puchong, Pak Grocer Raja Muda Musa, Klang, dan Pak Grocer Balakong, Seri Kembangan.

Pestle & Mortar

#StrongerTogether telah dilancarkan oleh Pestle & Mortar Clothing untuk membantu mengumpul dana untuk #ImpactTolongHantar pada 25 Mac 2020. 7 reka bentuk t-shirt eksklusif oleh 7 kolaborator yang berbeza telah dijual dalam kuantiti yang terhad. RM15,031.10 dinaikkan sepanjang tempoh kempen.

Rakan-Rakan Kolaborasi #ImpactTolongHantar:

Logistik:

  • BungkusIt
  • TheLorry
  • Mr Speedy
  • GoGet
  • Pgeon Delivery/EasyParcel
  • GrabExpress
  • Kaodim
  • Recommend.my
  • NinjaVan

Pasaraya/Pemborong:

  • Pak Grocer
  • Mydin
  • MyGroser

NGO dan Anggota Barisan Hadapan:

  • PDRM Selangor
  • DBKL
  • Pusat Kesihatan Jawi-Jawi Sabah
  • NGOHub
  • Kechara Soup Kitchen
  • Masala Wheels
  • Biji-Biji Initiative
  • #KitaJagaKita
  • ADRF Malaysia
  • Yayasan Food Bank
  • Yellow House KL
  • Geutanyoe Foundation
  • Tenaganita
  • Persatuan Kebajikan Kembara Insani
  • Taylor’s Education Group
  • Connect & Compassion
  • The Lost Food Project
  • Monsters Among Us
  • #MedTweetMY
  • Liga Rakyat Demokratik
  • Refuge for the Refugees
  • Dapur Jalanan Kuala Lumpur
  • Libresse
  • Pestle & Mortar Clothing
  • Himayya
  • Humanity Hike
  • Little Helpers KL
  • Jiwa Arina
  • Our Journey
  • FEMX Malaysia
  • GPMS
Inisiatif ini memerlukan bantuan anda. Untuk memastikan akses barangan keperluan kepada golongan yang terjejas, kami ingin mengajak anda atau kumpulan anda untuk bersama-sama berganding tangan membantu.

#ImpactTolongHantar juga menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh rakyat Malaysia melalui laman web www.kitajaga.us dan kumpulan Caremongering Malaysia – Community Response to COVID19.

Soalan Lazim

Apakah projek #ImpactTolongHantar?
Selaras dengan kebenaran yang diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 (“Perintah Kawalan Pergerakan” atau “PKP”) dan Kenyataan Media Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri bertarikh 18 Mac 2020, inisiatif ini adalah untuk membantu pertubuhan, kumpulan dan penderma individu untuk menghantar barangan bekalan asas penting sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan. Kami ingin membantu mereka yang ingin menyumbang bekalan penting kepada rakyat yang memerlukan tetapi menghadapi masalah dari segi logistik dan penghantaran. Kami, sebagai pengantara, akan berusaha untuk berhubung dengan rakan-rakan penghantaran untuk menghantar bekalan tersebut kepada penerima sumbangan. Kempen ini dijayakan oleh Impact Malaysia, dengan bantuan rakan-rakan penghantaran seperti Bungkusit dan TheLorry. Untuk makluman lanjut, sila rujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat (terms and conditions) kami.

Apakah SOP untuk menjadi sebahagian daripada #ImpactTolongHantar?
SOP untuk Dermaan

Saya ada bekalan atau ingin menderma, tetapi tiada penerima. Boleh bantu saya?
Ya, kami akan meneliti setiap permohonan dan kemudian akan memadan anda kepada kumpulan-kumpulan lain yang mungkin mempunyai senarai penerima bantuan. Sila isi borang di atas dan senaraikan barangan yang anda ingin dermakan. Kami mengutamakan derma dari segi tunai, barangan keperluan seperti makanan kering, basah ataupun produk kebersihan.

Saya ada senarai penerima, tetapi tiada bantuan. Boleh bantu saya?
Ya, sila isi borang di atas dan kongsikan senarai penerima, nombor telefon, alamat dan maklumat-maklumat penting yang lain untuk tujuan pengesahan. Kami akan memadankan anda kepada penderma yang tersedia, dan kemudiannya berkongsi maklumat dengan rakan penghantaran untuk tujuan anggaran perjalanan dan kapasiti bekalan.

Apakah radius lokasi penghantaran?
Pada waktu ini kami mengutamakan penghantaran di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Radius penghantaran yang disyorkan adalah sekitar 30 km dari tempat pengambilan (pick-up point). Jika anda memerlukan penghantaran di negeri lain atau penghantaran yang lebih jauh / antara negeri, sila isikan borang di atas dan nyatakan lokasi penghantaran berserta anggaran berat bekalan yang ingin dihantar.

Saya merupakan pemilik syarikat logistik dan mempunyai beberapa kenderaan pengangkutan, bagaimana untuk saya bantu?
Sila isi borang di atas dan kongsikan maklumat syarikat anda berserta nombor telefon wakil. Pasukan Impact Malaysia akan menghubungi wakil anda secepat mungkin untuk tujuan pengesahan. Sila sediakan salinan digital dokumen-dokumen penting seperti SSM, penyata kewangan syarikat dan surat pelepasan pergerakan (jika ada). Kami akan memadankan anda kepada projek-projek yang memerlukan khidmat penghantaran selepas prosedur operasi piawai  (SOP) pembayaran telah di persetujui. Kami mengalu-alukankan sumbangan melalui penajaan kos penghantaran mahupun diskaun.

Apakah saiz penghantaran yang akan dilakukan?
Kami menawarkan3 jenis saiz penghantaran seperti berikut; mikro (kurang 20kg), standard (5 tan ke bawah) dan bersaiz besar (lebih 5 tan). Keutamaan diberikan kepada penghantaran sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada ketika ini, tetapi kami mengalu-alukan bantuan penghantaran di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

Siapakah yang akan membayar kos penghantaran?
Di bawah projek #ImpactTolongHantar ini, Impact Malaysia dengan kerjasama rakan-rakan penghantaran akan membayar kos penghantaran kepada projek-projek yang terpilih.

Bagaimana saya nak tahu jika projek saya terpilih untuk program #ImpactTolongHantar?
Pasukan Impact Malaysia akan menghubungi anda dalam jangkamasa 24 jam selepas permohonan anda diterima. Sila pastikan nombor telefon atau alamat e-mel wakil anda diisi di dalam borang permohonan anda.

Apakah Impact Malaysia?
Impact Malaysia adalah sebuah inisiatif di bawah seliaan Impact Integrated, sebuah syarikat di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan. Impact Malaysia berhasrat untuk melaksanakan ekosistem impak sosial yang mapan dan boleh diukur, dijanakan oleh belia untuk membawa perubahan yang berimpak tinggi dan berkesan kepada komuniti.

Impact — an agency that envisions a sustainable and measureable social impact ecosystem driven by youth to bring meaningful and lasting change in their communities.

Contact Us

Email: connect@impact.my
Tel: +603 8064 4472

Follow Us