#ImpactTolongHantar Terma dan Syarat

  1. Terma dan Syarat Am 
    1. Menurut kebenaran oleh Kementerian Belia dan Sukan dan selaras dengan undang-undang, perintah-perintah, peraturan-peraturan dan garis panduan-garis panduan semasa dan berkuatkuasa di Malaysia terutamanya Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Perintah Kawalan Pergerakan” atau “PKP”), pengumumam oleh Kerajaan Malaysia pada 25 Mac 2020 berkaitan dengan perlanjutan tempoh PKP sehingga 14 April 2020 dan Kenyataan Media Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri bertarikh 18 Mac 2020, dan disebabkan isu-isu perkhidmatan awam yang timbul berikutan PKP, kempen ini telah dilancarkan oleh Impact Malaysia untuk membantu pertubuhan, kumpulan dan penderma individu untuk menghantar barangan bekalan asas kepada Penerima-penerima Sumbangan (seperti yang ditakrifkan di perenggan 1.3 di bawah). 
    2. Impact Malaysia mungkin akan melibatkan pembekal perkhidmatan pihak ketiga (“rakan kolaborasi”) untuk menghantar dan memberi bantuan dari segi barangan bekalan asas kepada Penerima-penerima Sumbangan, di mana Impact Malaysia bertindak  hanya sebagai pengantara di antara rakan kolaborasi dan pemberi bantuan / derma. Oleh yang demikian, Impact Malaysia tidak mempunyai kewajiban ataupun tanggungjawab terhadap apa-apa tindakan, pengecualian, kecuaian oleh rakan kolaborasi kami dalam apajua keadaan. 
    3. Impact Malaysia dan rakan kolaborasi diberikan keleluasaan untuk menentukan individu-individu ataupun kumpulan-kumpulan orang yang akan menerima bantuan melalui kempen ini (“Penerima-penerima Sumbangan”) dan merizabkan haknya untuk mengubah keputusan tesebut pada bila bila masa sahaja sepanjang kempen ini. 
    4. Impact Malaysia merizabkan haknya untuk menerima atau menolak projek-projek dan kolaborasi-kolaborasi yang ditawarkan berdasarkan budi-bicara kami.
  2. Informasi Peribadi 
    1. Semua gambar, informasi peribadi dan nama yang diserahkan kepada Impact Malaysia melalui kempen ini adalah hakmilik Impact Malaysia dan kecuali khususnya dinyatakan sebaliknya dalam pernyataan bertulis kepada Impact Malaysia, semua pengizinan bawah undang undang berkaitan dengan pelindungan data peribadi akan dianggap sebagai telah diberikan kepada Impact Malaysia. 
    2. Impact Malaysia dalam mengumpulkan informasi individu sepanjang kempen ini akan mematuhi undang-undang pelindungan data peribadi, syarat-syarat pengawalseliaan dan panduan seperti yang diperbaharui dan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
  3. Pembatasan Liability
    1. Rakan kolaborasi dan pembekal bantuan masing-masing akan sepenuh-penuhnya bertanggungjawab, menanggung rugi dan melindungi Impact Malaysia daripada sebarang tuntutan, tuduhan, dakwaan, prosiding undang-undang, dan kewajipan yang timbul daripada atau berkaitan dengan apajua tindakan, pengecualian, kecuaian oleh rakan kolaborasi dan/atau pembekal bantuan. 
    2. Impact Malaysia juga tidak bertanggungjawab untuk sebarang tuntutan atau kerugiaan dalam sebarang bentuk atau sifat termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan keuntungan, punitif, tak langsung, khas, berkait, atau kesan sampingan atau kerugian lain dan tuntutan lain dalam apa-apa bentuk atau sifat, termasuk yang berkaitan secara terus, tidak terus, melalui pihak ketiga, kesan sampingan, atau kerugian kerana atau berhubungan kempen ini. 
    3. Impact Malaysia juga tidak bertanggungjawab jika mana-mana kolaborasi atau projek sudah tidak mungkin dijalankan kerana apa-apa perubahan termasuk tetapi tidak terhad kepada pemutusan Impact Malaysia, introduksi kawalan yang lebih ketat atau berterusan bawah PKP oleh Majlis Keselamatan Negara atau mana-mana pihak penasihat yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  4. Penolak tuntutan
    1. Setakat sepenuhnya yang dibenarkan disisi undang-undang, Impact Malaysia menolak semua jaminan, samada secara khusus ataupun tersirat. Impact Malaysia tidak memberi sebarang penjaminan bahawa barangan atau perkhidmatan adalah bebas daripada kesilapan atau kerosakkan, atau mana-mana kerosakkan akan diperbaiki ataupun laman web kami adalah bebas daripada virus atau komponen-komponen lain yang bahaya. 
    2. Walaupun kami akan mencuba untuk untuk menyediakan informasi yang paling tepat, jujur dan terkini pada laman web kami, kami tidak menjamin atau memberi sebarang representasi mengenai pengunaan atau kesan pengunaan sebarang dokumen, produk, perkhidmatan, link atau informasi dalam laman web kami atau mengenai ketepatannya, kesesuaiannya, kebenarannya, kepercayaannya atau sebaliknya.
  5. Fasal pengecualian
    1. Jikalau mana-mana peruntukan dalam terma-terma dan syarat-syarat ini adalah tidak sah, menyalahi undang-undang dan tidak boleh dikuatkuasakan dibawah mana mana undang-undang yang berkaitan atau disebabkan apa-apa sebab, kesahan dan penguatkuasaan peruntukan-peruntukan lain dalam terma-terma dan syarat-syarat ini tidak akan terjejas.
  6. Pindaan terma-terma. 
    1. Impact Malaysia merizabkan haknya untuk mengubah, menukar, menambah atau meminda mana-mana bahagian terma-terma dan syarat-syarat ini pada bila-bila masa.

Impact — an agency that envisions a sustainable and measureable social impact ecosystem driven by youth to bring meaningful and lasting change in their communities.

Contact Us

Email: connect@impact.my
Tel: +603 8064 4472

Follow Us