KEJOHANAN E-SUKAN BELIA ASEAN 2025 (AYESC25) RAI BAKAT MUDA E-SUKAN

Tarikh: 26 Jun 2025

Masa: 8 Malam

Tempat: ESI Hub, Puchong

Puchong, 26 Jun 2025 – Kejohanan e-sukan Belia ASEAN 2025 (AYESC25) telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada hari ini di ESI Hub Spacerubix, Puchong, dengan majlis penutup ‘Malam Gala’ dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kejohanan tiga hari ini telah menghimpunkan pemain e-sukan muda dari negara-negara ASEAN untuk bersaing dalam permainan eFootball Mobile.

AYESC25 mempertandingkan tiga kategori: Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, dan Beregu Campuran, dengan jumlah hadiah wang tunai terkumpul sebanyak USD15,500. Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Hannah Yeoh, dalam ucapannya berkata, “e-sukan, merupakan sukan yang amat popular dalam kalangan belia dan semakin berkembang pesat.

Atlet-atlet muda ini telah menunjukkan disiplin, kemahiran strategik dan daya tahan yang tinggi.

Ini adalah kualiti sama yang dipupuk oleh sukan tradisional yang lain.

“AYESC25 juga telah menunjukkan bahawa Malaysia dan negara ASEAN yang lain mampu untuk menjadi tuan rumah kejohanan e-sukan peringkat antarabangsa sekali gus meletakkan Asia Tenggara sebagai hab e-sukan di peringkat global” tambahnya lagi.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi AYESC25:

Perseorangan Lelaki

Pingat Emas: Huda Yuliviar Ammar, Indonesia

Pingat Perak: Nathawat Satake, Thailand

Pingat Gangsa: Aung Thant Zin, Myanmar

 

Perseorangan Wanita

Pingat Emas: Putri Pramesti Diah Iswari, Indonesia

Pingat Perak: Syafirah Izlyn Binti Saharol, Malaysia

Pingat Gangsa: Sukanya Tatong, Thailand

 

Beregu Campuran

Pingat Emas: Huda Yuliviar Ammar & Putri Pramesti Diah Iswari, Indonesia

Pingat Perak: Syamsheer Hussain & Syafirah Izlyn, Malaysia

Pingat Gangsa: Nathawat Satake & Sukanya Tatong, Thailand

Juara Keseluruhan

Juara Keseluruhan INDONESIA

Para pemenang dalam setiap kategori telah menerima hadiah seperti berikut:

Pingat Emas: USD 2,000

Pingat Perak: USD 1,500

Pingat Gangsa: USD 1,000; dan

Juara Keseluruhan: USD 2,000

AYESC25 merupakan salah satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) di bawah kluster sukan bersempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025. Penganjuran kejohanan ini adalah diterajui oleh Impact Integrated melalui inisiatif E-sports Integrated (ESI) dengan sokongan daripada Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF).

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi: fadhli.hamim@impact.my

(013-3969406) atau hey@esportsintegrated.com