Tarikh: 26 Jun 2025
Masa: 8 Malam
Tempat: ESI Hub, Puchong
Puchong, 26 Jun 2025 – Kejohanan e-sukan Belia ASEAN 2025 (AYESC25) telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada hari ini di ESI Hub Spacerubix, Puchong, dengan majlis penutup ‘Malam Gala’ dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kejohanan tiga hari ini telah menghimpunkan pemain e-sukan muda dari negara-negara ASEAN untuk bersaing dalam permainan eFootball Mobile.
AYESC25 mempertandingkan tiga kategori: Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, dan Beregu Campuran, dengan jumlah hadiah wang tunai terkumpul sebanyak USD15,500. Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Hannah Yeoh, dalam ucapannya berkata, “e-sukan, merupakan sukan yang amat popular dalam kalangan belia dan semakin berkembang pesat.
Atlet-atlet muda ini telah menunjukkan disiplin, kemahiran strategik dan daya tahan yang tinggi.
Ini adalah kualiti sama yang dipupuk oleh sukan tradisional yang lain.
“AYESC25 juga telah menunjukkan bahawa Malaysia dan negara ASEAN yang lain mampu untuk menjadi tuan rumah kejohanan e-sukan peringkat antarabangsa sekali gus meletakkan Asia Tenggara sebagai hab e-sukan di peringkat global” tambahnya lagi.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi AYESC25:
Perseorangan Lelaki
● Pingat Emas: Huda Yuliviar Ammar, Indonesia
● Pingat Perak: Nathawat Satake, Thailand
● Pingat Gangsa: Aung Thant Zin, Myanmar
Perseorangan Wanita
● Pingat Emas: Putri Pramesti Diah Iswari, Indonesia
● Pingat Perak: Syafirah Izlyn Binti Saharol, Malaysia
● Pingat Gangsa: Sukanya Tatong, Thailand
Beregu Campuran
● Pingat Emas: Huda Yuliviar Ammar & Putri Pramesti Diah Iswari, Indonesia
● Pingat Perak: Syamsheer Hussain & Syafirah Izlyn, Malaysia
● Pingat Gangsa: Nathawat Satake & Sukanya Tatong, Thailand
Juara Keseluruhan
● Juara Keseluruhan INDONESIA
Para pemenang dalam setiap kategori telah menerima hadiah seperti berikut:
● Pingat Emas: USD 2,000
● Pingat Perak: USD 1,500
● Pingat Gangsa: USD 1,000; dan
● Juara Keseluruhan: USD 2,000
AYESC25 merupakan salah satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) di bawah kluster sukan bersempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025. Penganjuran kejohanan ini adalah diterajui oleh Impact Integrated melalui inisiatif E-sports Integrated (ESI) dengan sokongan daripada Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF).
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi: fadhli.hamim@impact.my
(013-3969406) atau hey@esportsintegrated.com
