Malaysia Esports League 2025 Nobat Sembilan Juara Kebangsaan
PUCHONG, 26 Ogos 2025 – Malaysia Esports League 2025 (MEL25) secara rasmi melabuhkan tirainya pada 24 Ogos 2025 yang menyaksikan sembilan juara kebangsaan dinobatkan merentasi sembilan judul permainan sekaligus mengekalkan statusnya sebagai sebuah kejohanan esukan terbesar peringkat akar umbi yang diterajui Kementerian Belia dan Sukan.
Peringkat akhir MEL25 yang telah bermula sejak 3 Ogos lalu menyaksikan persaingan sengit dalam sembilan kategori permainan: eFootball Mobile, PUBG Mobile, Free Fire, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Tekken 8, Street Fighter 6, King of Fighters XV, Gran Turismo 7 dan Honor of Kings dengan nilai keseluruhan hadiah bagi peringkat akhir berjumlah RM192,500.
Senarai juara MEL25 bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
- eFootball Mobile: WPS DERHAKA (Muhammad Hafiz Bin Norhadi)
- PUBG Mobile: Sentry Symphony Esport
- Free Fire: Maqna Esports Club
- Mobile Legends: Bang Bang (MLBB): ARCADE ESPORTS MY
- Tekken 8: MYPRO ZABA (Muhammad Zarif Aiman Bin Aris)
- Street Fighter 6: IamChuan (Quah Ban Chuan)
- King of Fighters XV: IamChuan (Quah Ban Chuan)
- Gran Turismo 7: DannyR_3967 (Dhanesh Wigneswaran)
- Honor of Kings: FY GAMING
[Senarai penuh pemenang MEL25 adalah di lampiran 1]
Transformasi format MEL25 pada tahun ini menjadi tumpuan utama apabila buat pertama kali, kejohanan ini menggabungkan sistem carta pendahulu kebangsaan (national leaderboard) yang mengumpulkan mata prestasi pemain sepanjang musim bermula Januari hingga Ogos 2025. Melalui integrasi dengan siri MyLeague MESF dan kejohanan negeri MEL State Open, para peserta dapat mengumpul mata dari pelbagai pertandingan, sekali gus mewujudkan laluan yang lebih adil dan telus untuk melangkah ke peringkat akhir.
Berbeza dengan edisi-edisi terdahulu yang hanya memilih wakil negeri sebagai finalis, format baharu ini berjaya memperkukuh ekosistem akar umbi dengan memberi ruang kepada lebih ramai bakat untuk menyerlah dan membuktikan kemampuan mereka sepanjang musim. Pendekatan ini bukan sahaja menambah baik format kejohanan, malah memudahkan proses mengesan bakat-bakat berpotensi besar untuk mewakili negara di sukan temasya seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.
Kejayaan MEL25 telah mengukuhkan peranannya sebagai platform kompetitif di peringkat akar umbi negara selari dengan usaha kerajaan dan rakan strategik untuk membuka akses esukan kepada lebih ramai bakat muda tempatan serta memacu industri esukan Malaysia ke peringkat lebih profesional dan mampan.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah berlangsung di ESI Hub, Spacerubix, Puchong dengan kehadiran Afiq Fadhli Narawi, Timbalan Presiden Malaysia Esports Federation (MESF), Qistina Iman Abd Manaf, Penolong Naib Presiden Kanan Esports Integrated dan wakil-wakil penerbit permainan yang dipertandingkan.
Untuk pertanyaan media dan butiran lanjut, sila hubungi:
fadhli.hamim@impact.my (013-3969406)
Mengenai Liga Esukan Malaysia 2025
MEL25 ialah pertandingan esukan peringkat akar umbi di Malaysia, dianjurkan oleh Esports Integrated (sebuah inisiatif di bawah KBS dan Impact Integrated) dengan kerjasama Malaysia Esports Federation (MESF). Liga ini berlangsung dari Januari hingga Ogos 2025, menampilkan pertandingan dalam talian dan acara fizikal di peringkat kebangsaan yang direka untuk memberikan platform kompetitif dengan laluanyang jelas kepada bakat esukan tempatan di samping ruang bagi pemilihan pemain bagi pasukan kebangsaan untuk ke sukan temasya.
LAMPIRAN 1
Senarai Penuh Pemenang MEL25
Free Fire
- Juara: Maqna Esports Club
- Naib Juara: Vamos
- Tempat Ketiga: Southern Tigers
- Tempat Keempat: Todak
PUBG Mobile
- Juara: Sentry Symphony Esport
- Naib Juara: Agent In Pyjamas
- Tempat Ketiga: AZ Slumber
- Tempat Keempat: Perfect
Honor of Kings
- Juara: FY GAMING
- Naib Juara: DSP
- Tempat Ketiga: SEEC TEAM B
- Tempat Keempat: RIVAL CRONYISM ESPORTS
King of Fighters XV
- Juara: IamChuan (Quah Ban Chuan)
- Naib Juara: J]-[un (Chye Yian Hsiang)
- Tempat Ketiga: FinalFightX (Lee Kah Kien)
- Tempat Keempat: Foongzai (Chan Yik Foong)
Tekken 8
- Juara: MYPRO ZABA (Muhammad Zarif Aiman Bin Aris)
- Naib Juara: INC JOBBER (Nik Illya Na’im Bin Nik Anis Aminee)
- Tempat Ketiga: MYPRO MITSUNARI (Marcus Chong Wen Chuan)
- Tempat Keempat: MYPRO FAKE (Abdul Rahim Bin Abdul Shukor)
Street Fighter 6
- Juara: IamChuan (Quah Ban Chuan)
- Naib Juara: MYPRO | fit3amir (Ahmad Fitri Bin Amir)
- Tempat Ketiga: MYPRO | Dbmok (Mohammad Rafie Bin Johari)
- Tempat Keempat: Jason21Loo (Loo Chia Shean)
Gran Turismo 7
- Juara: DannyR_3967 (Dhanesh Wigneswaran)
- Naib Juara: ERD_Iqbal (Muhammad Iqbal Bin Ahmad Suji)
- Tempat Ketiga: R4M_joshima_knd (Chung Kien Syn)
- Tempat Keempat: EVA_KawaiiSakana (Chong Kai Chang)
eFootball Mobile
- Juara: WPS DERHAKA (Muhammad Hafiz Bin Norhadi)
- Naib Juara: TDK TSUBASA (Syamsheer Hussain Bin Sajjad Hussain)
- Tempat Ketiga: TDK FLUZSIUU (Farish Luzman Bin Muhammad Farid)
- Tempat Keempat: WPS 2EZ4DIPPER (Danial Adib Bin Anuar)
Mobile Legends: Bang Bang
- Juara: ARCADE ESPORTS MY
- Naib Juara: TEAM KYZER
- Tempat Ketiga: ARCADE VII
- Tempat Keempat: MK X OP MPS
