Kejohanan Esukan Belia ASEAN 2025 (AYESC25) Bakal Rancak Arena Esukan Serantau

Puchong, Malaysia – Kejohanan Esukan Belia ASEAN 2025 (AYESC25) bakal berlangsung dari 24 hingga 26 Jun 2025 di ESI Hub Spacerubix, Puchong. Kejohanan ini bakal menghimpunkan pemain-pemain muda terbaik dari negara ASEAN untuk bersaing dalam Efootball Mobile, mempamerkan bakat mereka di pentas antarabangsa.

Sebagai tuan rumah, Malaysia akan menjemput negara-negara ASEAN untuk turut serta dalam kejohanan ini, sekaligus mengukuhkan kerjasama dan memperkasa ekosistem esukan di rantau ini. AYESC25 akan menampilkan tiga kategori pertandingan: Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, dan Beregu Campuran, dengan jumlah hadiah wang tunai sebanyak USD 15,500. Agihan hadiah bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

Pingat Emas: USD 2,000

Pingat Emas: USD 2,000

Pingat Gangsa: USD 1,000

Anugerah Negara Berprestasi Terbaik: USD 2,000

AYESC25 adalah salah satu inisiatif utama di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 sebagai manifestasi komitmen Malaysia dalam memajukan industri esukan di Asia Tenggara. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) menerajui penganjuran kejohanan ini dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan kementerian-kementerian lain sebagai sebahagian daripada program berkaitan ASEAN.

Selaras dengan objektif penganjuran kejohanan ini, KBS telah melantik Impact Integrated melalui inisiatif Esports Integrated sebagai penyelaras kejohanan ini dengan sokongan strategik daripada Malaysia Esports Federation (MESF). Kerjasama dan sokongan strategik ini dijangka akan dapat memastikan kejohanan AYESC25 mencapai kejayaan dan objektif penganjurannya.

AYESC25 bukan sekadar pertandingan, ia merupakan platform bagi mencungkil bakat muda, memupuk perpaduan serantau, dan mengukuhkan kedudukan Asia Tenggara sebagai hab esukan global.

Untuk pertanyaan media, peluang kerjasama, dan maklumat lanjut, sila hubungi:

hey@esportsintegrated.com