PUCHONG, 26 DISEMBER 2025 – Rakan Muda Women’s Esports Championship 2025 (RMWEC25) secara rasmi melabuhkan tirainya Ahad lalu di ESI Hub, Spacerubix, Puchong dengan empat juara sulung bagi setiap judul permainan dinobatkan setelah tiga hari kejohanan berlangsung.
Grand Final RMWEC25 menyaksikan persaingan sengit merentasi empat kategori permainan: Valorant, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), FC26, dan Gran Turismo 7 dengan jumlah keseluruhan hadiah berjumlah RM50,000. Satu jumlah yang signifikan bertujuan mengangkat nilai komersial yang dibawa dalam saingan kompetitif atlet wanita, setanding dengan kejohanan terbuka lain.
Penganjuran RMWEC25 memberi tumpuan khusus kepada aspek keselamatan dan keterangkuman (inclusivity) bagi mengatasi isu gangguan serta persekitaran toksik dalam talian. Melalui penerapan elemen Kod Sukan Selamat dan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG), kejohanan ini menyediakan ruang kompetitif yang selamat dan adil, membolehkan peserta membuktikan kemampuan mereka tanpa halangan stereotaip jantina.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh barisan tetamu kehormat yang hadir, antaranya:
- Puan Mastura Mohd Rashid, Naib Presiden Strategi & Operasi, Impact Integrated;
- Dr. Zatul ‘Iffah Binti Abu Hasan, Naib Presiden Wanita, Malaysia Esports Federation (MESF);
- Cik Afrina Fatini Binti Mohd Azmi, Presiden, Persatuan Wanita Esports Malaysia (PWEM)
- Ms. Joanne De Rozario, Rakan Pengurusan, Axle Sports.
Susulan sambutan menggalakkan yang diterima RMWEC25, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Esports Integrated (ESI) kini sedang meneliti cadangan untuk memperkenalkan kategori khusus wanita dalam Malaysia Esports League (MEL) tahun hadapan bagi memperkukuh dan memastikan kelangsungan platform kompetitif bagi penyertaan wanita dalam sukan elektronik di Malaysia.
Menambah seri majlis penutupan tersebut, acara turut dihadiri oleh sebahagian daripada skuad MLBB wanita Malaysia yang baru-baru ini mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat emas di Sukan SEA Thailand 2025. Kehadiran mereka menjadi sumber inspirasi buat para peserta dalam mengejar impian di persada antarabangsa.
Untuk pertanyaan media dan butiran lanjut, sila hubungi: Fadhli di 013-3969406 atau emel kepada fadhli.hamim@impact.my
Berikut adalah keputusan rasmi Rakan Muda Women’s Esports Championship 2025:
KEPUTUSAN RASMI RMWEC25
KATEGORI: VALORANT (PC)
- JUARA: YTJT
- NAIB JUARA: REDSEA Valkyries
- TEMPAT KE-3: F5
KATEGORI: MOBILE LEGENDS: BANG BANG (MOBILE)
- JUARA: Team Rey
- NAIB JUARA: ORCA PANTHERA
- TEMPAT KE-3: WBB LADIES
KATEGORI: FC26 (KONSOL)
- JUARA: YAYAKM
- NAIB JUARA: Khaleeda Osman
- TEMPAT KE-3: TiraKora
KATEGORI: GRAN TURISMO 7 (SIM RACING)
- JUARA: Dayana
- NAIB JUARA: Jolie
- TEMPAT KE-3: Sophia Zara
